Di setiap tarikh-tarikh yang tercatat di dalam kalendar setiap tahun pasti akan menyelitkan seribu satu kisah yang berbeza antara kau dan aku, dia dan mereka, masyarakat dan semua. Dan tidak dinafikan, setiap hari pasti akan ada hari jadi, hari ulangtahun disambut tidak kira sama ada orang itu berada di sekeliling anda ataupun anda sendiri tidak mengenali mereka.
Kalau orang nak kahwin pun, mesti nak pilih tarikh cantik-cantik. Bukan apa, sekadar untuk mudah mengingati, lebih-lebih lagi untuk kaum lelaki yang selalunya dilabel sebagai orang yang sukar mengingati tarikah-tarikh penting berbanding dengan perempuan. Jadi, pemilihan tarikh-tarikh cantik itu penting bagi memudahkan mereka mengingatinya :)
Ada juga di kalangan para ibu yang bercadang mahu melahirkan anak mereka pada tarikh-tarikh tertentu yang membawa makna dalam hidup mereka. Senang nak ingat tarikh lahir anak-anak katanya :)
Hari ini, 29 Februari 2012. Tanggal hari ini jatuh pada hari Rabu. Kalau hari Jumaat ke Sabtu ke Ahad, mesti dah ramai menempah tarikh ini untuk diabadikan sebagai tarikh 'membina masjid' mereka :) Dan, pasti ada juga bayi-bayi yang baru dilahirkan pada tanggal ini kan?
Apa signifikannya lahir atau berkahwin pada tarikh ini? Ada baik, ada buruknya :)
Yang baik :
- Sekiranya anda lahir pada tanggal ini, anda unik kerana hari lahir anda disambut 4 tahun sekali sedangkan umur anda makin menginjak tua tahun demi tahun.
- Orang akan mudah mengingati tarikh hari lahir anda.
- Orang akan bagi hadiah kepada anda sebab boleh kumpul duit setiap tahun menjelang sambutan hari jadi anda pada tahun yang akan datang.
- Kalau anda memilih untuk berkahwin pada tarikh ini, ia adalah perkahwinan yang diingati. Pasangan anda juga akan sentiasa ingat tarikh ulangtahun perkahwinan anda tanpa ragu.
Yang buruk :
- Orang sambut hari jadi setiap tahun, anda sambut 4 tahun sekali.
- Ada kemungkinan untuk orang lupa hari jadi anda.
- Ada kemungkinan juga orang yang akan lupa tahun ini tahun lompat dan menyangka hari ini sudah 1 Mac.
- Pasangan anda mungkin juga akan lupa tentang ulangtahun perkahwinan anda kerana setiap tahun tak pernah sambut kan.. hehe.
Jadi, terpulanglah kepada anda samada mahu menganggap tarikh 29 Februari ini unik dan bermakna atau sebaliknya. Tapi, apa yang pasti, tarikh ini jarang-jarang kita lihat kerana ia berlaku 4 tahun sekali. Hargailah 29 Februari anda :)
Selamat Ulangtahun Kelahiran, Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Selamat Pengantin Baru dan Selamat Menyambut Kelahiran Bayi kepada semua yang berkaitan dengan 29 Februari hari ini :)
Jumpa 4 tahun lagi, 29 Februari!
nota kaki :
- Entri yang direka secara spontan. Ya, saya tahu, ianya merapu.
- Entri ini ditulis sempena nak mengabadikan tarikh 29 Februari ini di dalam blog aku.
- Entri ini ditulis kerana aku sudah lama tidak
berceramahbercerabih (baca : berceloteh) di sini. - Terlalu banyak yang berlaku sepanjang aku tidak menulis di sini, tapi biarlah rahsiaaaa :)
290212,


