Aku menulis kali ini dengan perasaan yang bercampur-baur.
Cerita yang aku mahu kongsikan ini adalah cerita benar yang terjadi dalam kehidupan aku.
Atau lebih tepat lagi, kehidupan kawan aku sebenarnya.
Perkara ini berlaku setahun yang lalu dan kisahnya berlarutan hingga ke hari ini.
Baiklah, aku nak memperkenalkan Cik Ah (bukan nama sebenar dan bukan juga Cik Ah Cik Nin yang kat astro tu ek. haha) sebagai kawan aku.
Maaf kerana aku tidak dapat memperkenalkan nama sebenar bagi mengelakkan ada yang tersinggung hati di atas privasi yang mungkin akan aku cerobohi (ada ke?)
Aku dan Cik Ah bersahabat baik semenjak dari zaman matrikulasi ku lagi (sekarang da terbongkar yang Cik Ah itu rakan matrix ku).
Habis matrikulasi, masing-masing berlumba-lumba merebut tempat ke IPT awam mahupun swasta.
Ada yang memperoleh dua peluang, satu peluang dan ada juga yang tiada peluang langsung ke mana-mana institusi.
Sekiranya ada peluang pun, kebanyakkan tidak mendapat tawaran kursus yang tidak diminati.
Hal ini terjadi kepada Cik Ah.
Cik Ah ditawarkan satu pilihan kursus yang langsung tiada dalam senarai UPU permohonannya.
Satu program Ijazah yang begitu asing dengan dirinya.
Bayangkan bagaimana seseorang yang sememangnya meminati bidang sains.. akhirnya terjunam ke bidang hartanah?
Aku tidak menafikan ada yang sukses meskipun di bidang yang bukan pilihannya.
Tetapi, mungkin kerana matlamat Cik Ah yang tetap mahu meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminati telah sedikit sebanyak mempengaruhi keadaannya menghadapi kenyataan bahawa dia mendapat kursus yang bukan pilihannya.
Tarikh keramat 19 Jun 2009, telah menjadi satu tarikh yang begitu memilukan buat Cik Ah.
Sepanjang tempoh perkenalan antara aku dan Cik Ah, tiada setitis airmata pun keluar dari kolam airmata dia.
Bahkan, pada hari terakhir kami di matrikulasi pun, dia masih lagi mampu tersenyum walhal kami telah teresak-esak menangis kesedihan kerana mahu berpisah antara satu sama lain.
Betapa kentalnya Cik Ah.
Namun, pada hari result UPU keluar, Cik Ah telah pun menangis, meraung.
Cik Ah menyepi, tidak mahu mengangkat telefon apatah lagi membalas sebarang pesanan khidmat ringkas.
Selang 2 hari kemudian (kalau tak silap aku), Cik Ah akhirnya menjawab panggilan telefon dariku.
Aku gembira kerana setelah berkali-kali mencuba, akhirnya panggilan ku berbalas.
Namun, kegembiraan yang mahu aku kongsikan bersama Cik Ah, padam!
Panggilan aku dijawab dengan suara tangisan dan esakan daripada Cik Ah.
Sayu rasanya bila pertama kali mendengar Cik Ah menangis.
Setelah ditenangkan, Cik Ah akhirnya akur dan bercerita tentang kisah dukanya.
Aku turut sedih kerana keputusan peperiksaan akhir matrikulasi Cik Ah itu tidak teruk pun jika mahu dibandingkan dengan keputusan rakan-rakan yang lain.
Tapi kenapakah Cik Ah mendapat kos yang 'dilelong'?
Namun, demi semangatnya untuk terus menyambung pengajian kerana tidak mahu ketinggalan, Cik Ah akhirnya menerima tawaran tersebut.
Dengan berpegangkan prinsip "tak kenal maka tak cinta", Cik Ah teruskan kehidupannya sebagai pelajar yang mempelajari bidang yang baru baginya.
Sepanjang tempoh pengajiannya di semester pertama, aku sering bertanya khabar dan perkembangan dirinya.
Satu saja kesimpulan yang mampu aku nyatakan di sini bahawa Cik Ah tidak langsung jatuh hati dengan bidang pengajiannya itu.
Dia cuba, tapi dia tidak mampu.
Menurut Cik Ah, sepanjang pengajiannya itu, dia telah berbincang dengan banyak pihak dan akhirnya Cik Ah membuat keputusan untuk berhenti daripada pengajiannya dan cuba untuk memohon semula UPU.
Aku hanya mampu menasihati Cik Ah dan menyokong segala tindak-tanduk Cik Ah sekiranya itu yang terbaik untuk dirinya.
Aku hanya berdoa agar Cik Ah sudah membuat keputusan yang terbaik untuk masa depannya.
Setelah Cik Ah berhenti daripada pengajiannya, dia sekali lagi memohon UPU untuk sesi kemasukan Julai 2010.
(terlepas sesi pengambilan Disember kerana Cik Ah telah memulakan semester 2 dia sebelum dia berhenti)
Kini, setelah enam bulan Cik Ah menganggur...
Masa yang ditunggu sudah tiba.
Hari ini, keputusan UPU itu sudah keluar.
Aku adalah antara orang yang berkobar-kobar mahu mengetahuinya.
Di awal pagi lagi, aku telah hubungi Cik Ah.
Namun, aku hampa kerana tiada satu pun panggilan aku dijawab.
Aku menghantar mesej pula.
"____, result UPU da keluar. Ko da check ke? kalau belum, aku leh tolong checkkan"
"Aku x dpt", balasnya pendek.
Peristiwa setahun yang lalu berulang lagi.
Ya Tuhan...
Aku tahu Cik Ah, aku tahu.
Aku tahu kenapa kau tak jawab panggilan aku.
Aku tahu kau menangis lagi.
Kau tak mahu aku mendengar lagi tangisan kau.
Aku sendiri pun sedih.
Harapan kau hancur lagi kan?
Maaf kawanku, kerana aku tidak mampu untuk membantu.
Aku tahu kau kecewa.
Cik Ah,
Setiap yang berlaku ini ada hikmahnya.
Aku tahu ini ujian buat kau.
Orang kat luar sana mungkin tidak mengerti apa yang kau sedihkan.
Tapi aku mengerti kerana aku tahu apa yang terjadi.
Sabarlah Cik Ah.
Usaha lagi ye Cik Ah.
Buat rayuan.
Kita cuba cara lain.
Masih banyak lagi peluang.
Jangan pernah putus asa walaupun kau telah kecewa.
Kuatkan hatimu, Cik Ah.
Kadang-kadang kita perlu mengenal pahitnya kehidupan sebelum mengecapi manisnya pengalaman :)
Satu je yang aku nak kau tahu..
Aku sentiasa di sini untuk kau mengadu dan aku doakan yang terbaik untuk diri kau.
Semoga kau akan sukses dalam segenap perkara yang kau lakukan selepas ini.
Ikhlas dari sahabatmu,
AinSyaz


6 tinta berbisa:
sedih aku dengar cite kwn ko ni...
aku tak dpt byangkan kalo aku ade kt dye sekarang...
tpi percayalah setiap perkara mesti ade hikmahnya. just kita xnmpk lgi..
ko sebagai kwn, bgi la support kt dye...Insyaallah, ade jln utk setiap msalah...
sedih weyh. siyes sedih.
aku sendiri pun nngis time tulis cerita ni. kesian sgt ngan die.
mmg die ngah down gile skrg.
aku xnak kacau die wat masa ni sbb aku tau die x tenteram lagi tu.
insyaAllah, aku cuba nasihat die, bg support kat die.
niat die baik. insyaAllah, dipermudahkan hendaknya :)
ya tuhan...
sekali lagi?????????
dugaan ape yg dye dpt nie...
weiiii...
kalo aq pn xley time...
siyes mcm kekejaman plak aq rse...
da la dpt jnji ksg sblm nie...
pergh ade jugak dugaan mcm nie...
do yr bes to help her ain...
skg support dy tok tros apply...
i no u can do it dear...
al d bes... both of u :)
ain akan tolong die mane yang mampu.
sokongan takkan penah putus :)
thnx kawan2..
ain harap dia tabah hadapi semua ni :)
wah....sgt berat dugaan shabatmu nie ain syazzzz....(dpt teka x sper???)
tp Allah tu xkan memberi dugaan yg xdpt dipikul oleh hambaNya..
anugerah Allah..kawanmu nie kuat smgat...mgkin krana itu Allah xmemberi dugaan nie kpd kite...
tp cerita nie ad sm2 cket ngan kwan ku laa...semoga mereka lbih tabah..
ainsyazzzz.... ek?
haha. ye, saya tau kamu azua :D
tu la.. semoga die tabah hadapai dugaan ini :(
tq azua sbb sudi luangkan masa bace blog ain. hehe :D
Post a Comment