Wahai rakan blogger.
Tiba-tiba terfikir, manalah korang ni dapat idea nak menulis entri setiap hari satu entri?
Kadang-kadang tu sampai tiga empat entri satu hari.
Aku ni, nak menulis satu entri seminggu pun payah!
Blogger oh blogger..
Aku ni sampai sakit-sakit hati kepala nak fikirkan apa benda yang aku nak kongsi dengan korang, apa yang nak aku tulis kat blog ni.
Macam manalah otak korang leh cair untuk fikir benda-benda merapu yang boleh dikongsi and yet, sangat interesting untuk dibaca.
Alahai, aku mungkin tak sekreatif korang nak melahirkan buah buahan fikiran yang kreatif, inovatif dan produktif. haha.
Aku mungkin tidak menggunakan bahasa sanskrit melayu bombastik atau bahasa inggeris wow yang membolehkan blog aku dilayan oleh segenap lapisan masyarakat.
Aku tidak sepopular Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Ben Ashari.
Aku tak anjurkan contest-contest ni.
Aku tak ramai follower, aku jarang berblogwalking.
Tapi..
Aku tetap aku.
Blog aku hak milik aku. Walaupun ia untuk tatapan ramai.
Aku mencuba menjadi blogger sejati walaupun masih belum tahap tegar!
Kerana aku menulis bukan kerna nama :)
p/s : takde idea pon, siap gak satu entri! haha :)
Blogger suam-suam kuku,



3 tinta berbisa:
ko tak tahukan nk post entri apekn?!
join giveaway yang aku dh tag ko..hehehe
TQ
suke bab nama hanis zalikha disebut aje. haha. try tengok red mummy plak. =)
abg naim :
haha. abg mmg menggile dgn hanis tu :P
red mummy? oh, penah gak jejak kaki kat situ :)
Post a Comment