follow

Thursday, June 9, 2011

sedih bila ia hilang :'(

Penat aku kumpul, penat aku simpan. Akhirnya, hilang juga.
Penat jaga macam minyak yang penuh, akhirnya... entah ke mana.
Aku pernah cakap, itu paling aku sayang. Kalau hilang...memang meraung laaa..

Benda yang aku sayang hilang. Apa dia?
MESEJ!
Ye, mesej dalam handphone.

Mesti ada yang fikir...
"Alahai, mesej je pun...Boleh hantar lagi."
"Mesej je pun, bukan handphone."
Tak sama! Nilai sentimental pada setiap mesej yang aku simpan tu..itu yang buat ia bermakna.

Mau nya tidak.. Aku simpan mesej-mesej yang aku rasakan bermakna untuk aku daripada aku lepas SPM lagi tau!
Mesej ucap tahniah SPM, mesej zaman-zaman kerinduan PLKN dulu, mesej zaman-zaman Matrikulasi, koleksi mesej best-best, mesej comel-comel semua dan mesej daripada insan-insan yang bermakna lagi.
Kalau nak dihitung kira, adalah dalam 1000++ mesej yang hilang.
Orang-orang terdekat dengan aku je tau betapa banyaknya mesej-mesej bermakna yang aku simpan.

Yang paling buat aku sedih, aku tak tahu macam mana ia hilang.
Lepas bluetooth gambar dekat laptop, terus hilang semua mesej dalam fon ni!
Gambar, notes, contacts, calendar ke semuanya masih selamat. Tu buat aku sedih!
Hilang tah ke mana laaa..
Selalunya bluetooth, ok je! :'(

Mungkin silap aku juga tak save dalam memory card dan hanya membiarkan ianya tersadai dalam phone memory. Sabar jelaaa.
Benda dah nak jadi, kena redha lah.
Mungkin ada hikmah kenapa ianya hilang.
Ada yang kata...suruh aku buang kenangan lama dan mulakan yang baru.
Mungkin ada betulnya :)

Aku mengharapkan kenangan baru akan lebih indah daripada kenangan lama.
Namun, kenangan yang lama akan tetap dalam ingatan :)

Hilangnya mesej-mesej itu, tak bererti aku lupakan kenangan. Ia tetap segar dalam ingatan. Aku masih boleh ingat lagi ayat-ayat mesej yang memberi erti pada aku. Terima kasih, kenangan!

nota kaki :
1. Siapa ada mesej yang best-best, yang comel-comel.. meh hantar kat aku. Nak kumpul semula :)
2. Kan bagus kalau aku salin semua mesej-mesej tu dulu. Simpan dalam buku.
3. Mungkin mesej boleh dihantar semula. Tapi masa mesej itu dihantar, kan dah tak sama. :'(
4. Ada ke lelaki yang simpan-simpan mesej eh? Selalu macam perempuan je. Huhu

rindu nak baca semua mesej,

6 tinta berbisa:

katak panggang said...

lelaki pun ada simpan msg la...
dlm inbox aku ada 3000 msg..
hahahaa...
bkn simpan sbb msg bezz..
tp malaz nk delete... hahahaaa

Azmer Lias said...

aku sodih gak...
f0n aku r0sak..
semua msj2 berharga aku hilang...
h0h0
:'(

AinSyaz said...

katak panggang a.k.a zaid :

ala.. setakat msj2 mls nak delete tu..x best. xde sentimental value :P
klu stakat msj 'da mkn? da mandi?' untuk cukupkan 3000 msg ko tu..baek xpayah :P
ni koleksi msj yg bermakna la.. susah nak jumpe lelaki simpan2 msj kan.. :P

AinSyaz said...

azmer lias :

sobsob. jgn la sedih weyh. aku phm perasaan ko. walaupun ianya hanya mesej, tp berharga kan? T__T sabar jela.. bile deal dengan benda2 alam maya ni, mmg susah. aishhh.

are_liana said...

saya antara manusia yang suke simpan mesej yang best-best & yang berharga. fikir banyak kali nak delete, pastu tak delete pon, sebab sayang....

hehe ;)

AinSyaz said...

a'are :

ain pun same... tu yg bile hilang...ain rae sedih gileeeeeeeeeeeeeee! sedih sgt! a'are ade msj best2..meh forward kt ain meh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...