**********
"Tiada niat saya untuk memarahi awak. Maafkan saya. Awak sihat? Apa khabar awak?" tergerak hatiku untuk membalas mesej Is walaupun dia menegah aku daripada melakukan berbuat begitu. Aku meninggalkan mesej itu dengan persoalan dengan harapan dia akan membalas pertanyaanku.
Sehingga lewat malam aku menanti mesej daripada Is. Setiap kali bunyi telefon, aku pasti berlari mendapatkan telefon bimbitku dengan harapan Is membalas mesejku. Namun, aku hampa bila mesej yang diterima hanyalah mesej daripada operator telekomunikasi yang menyatakan baki kredit yang hampir tamat tempoh aktifnya. 'Mungkin dia sibuk kot', getus hatiku.
**********
Pagi subuh yang dingin membuatkan diri aku mahu berselubung di dalam selimut seusai solat Subuh tadi. Tapi, mengenangkan kata orang yang menyatakan tidak elok tidur selepas Subuh, membuatkan aku bingkas bangun, mengemaskan katilku yang bagai tongkang pecah itu. "Alang-alang dah bangun awal ni, jogging pun best juga ni. Lemak terkumpul dah banyak dah ni. Kalau ditimbang, boleh kalah anak kambing Pak Jaafar kat kampung tu," tersenyum aku sendirian sambil pantas aku menukar pakaian yang sesuai dan bersiap-sedia untuk mengeluarkan peluh.
Laju aku memandu kereta menuju ke kawasan taman tasik yang sering menjadi sebutan orang di kawasan sekitar. Teringin juga aku mahu melihat bagaimana indahnya taman tasik yang dicanang-canang itu. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit untuk sampai. Dekat juga dengan kawasan rumah, tapi entah kenapa baru hari ini hati aku terdetik mahu berjogging di sini. Selama ini, aku hanya pusing keliling kawasan rumah sahaja.
Sampai sahaja aku di kawasan taman tasik, aku dapat merasai kesegaran udara di sini. Yelah, kawasan yang dilitupi dengan banyak pokok-pokok yang merimbun hijau. Sejuk dan tenang berada di sini. Ramai juga yang berjogging pagi-pagi begini. "Bagus rakyat Malaysia di sini, mengamalkan cara hidup yang sihat," aku bermonolog sendirian sambil tersenyum menyaksikan keletah dua orang warga emas yang saling memapah antara satu sama lain. Tak larat barangkali. Namun dek kerana semangat, mereka masih meneruskan aktiviti jogging mereka walaupun langkah mereka semakin perlahan. Bagus sungguh.
Aku memulakan aktiviti jogging aku selepas aku selesai memanaskan badan, meregang-regangkan urat-urat yang sudah terlalu lama dimanjakan ini. Kesibukan aku dengan kerja membataskan keinginan aku untuk bersenam dan menikmati udara segar di pagi hari begini. Jadi, bila ada peluang sebegini, aku mahu memanfaatkannya sebaik mungkin. Semangat yang membara, langkah yang teratur dan udara yang segar dihela membuatkan aku rasa tenang dan hilang sebentar rasa tekanan yang bersarang di kepala ini. Bila lama tidak bersenam, semput juga rasanya.
"Allahuakbar. Aduh, sakitnya," mengaduh sakit aku selepas terjatuh terpijak tali kasut sendiri. Dek kerana kecuaian sendiri, aku mendapat ganjaran luka di tapak tangan kerana menahan diri daripada jatuh tersembam pada ruang pejalan kaki itu. "Aduh, pedihnya. Nasib baik tangan, kalau kena muka, jatuhlah harga hantaran aku," sempat lagi aku merapu seorang diri.
"Awak tak apa-apa?" Tiba-tiba, suara seorang lelaki datang menerpa telingaku. Terkejut dan terdiam aku di sini. "Saya tengok dari tadi awak terduduk di sini, awak ok ke?" tegur lelaki terbabit.
"Saya ok. Tak ada apa-apa. Salah sendiri," jawab aku sambil mengikat kembali tali kasut yang 'memakan' tuannya itu. Aku bingkas bangun seusai mengikat tali kasut. "Terima kasih encik sebab prihatin," aku berkata lagi sambil membuang daun-daun kering yang melekat di seluar dan bajuku sewaktu aku jatuh terduduk tadi.
"Sama-sama. Taklah, saya takut kalau jadi apa-apa je. Tiba-tiba di tengah-tengah laluan jogging ni, ada pula orang terduduk. Ingatkan awak tengah cuba berlari sambil duduk ke, siapa tahu kan? Tu lah saya datang bertanya, kot-kot boleh saya belajar cara-caranya," ujar lelaki itu sambil ketawa kecil.
"Melawak pula awak ni ye. Saya......" terhenti ayat aku di situ tatkala aku mengangkat muka memandangnya. Tergamam. Begitu juga dia yang kaku melihat aku. Masing-masing terdiam. Mulut aku seolah-olah terkunci untuk meneruskan bicara. Mata kami bertatapan. Macam-macam persoalan muncul di mindaku. Dia? Mengapa dia? Apa dia buat kat sini?
Tersedar aku dari lamunan bila terdengar bunyi hon kereta daripada kawasan tempat letak kereta berhampiran. Aku mengalihkan pandangan aku. Tidak berani menatap matanya lebih lama. Dia juga tersedar dari hanyutan pemikirannya.
"Alia Adilla?" sapa lelaki itu dengan memanggil nama penuhku.
"Ye saya. Awak buat apa kat sini, Is?" tanya aku kepadanya. Ya, dia Farid Iskandar. Lelaki yang pernah aku tinggalkan dahulu. Tak pernah terlintas yang aku akan berjumpa semula dengannya.
"Saja datang main masak-masak. Hehehe," gurau Is, menyorokkan wajah gelisahnya kerana bertemu denganku secara tidak sengaja ini. Namun tawanya terhenti bila melihat aku membulatkan mata tanda tidak puas hati dengan jawapan yang diberi. "Ala, saya berjogging la kat sini. Nak buat apa lagi pun. Awak ni pun satu, tanya soalan yang awak boleh tahu jawapannya," balasnya lagi.
"Oh, ok. Maafkan saya. Saya sambung jogging dulu," aku cuba melarikan diri.
"Alia..." panggilan namaku olehnya membuatkan aku terhenti dan berpaling semula kepadanya. Sesungguhnya, memang tidak dapat aku gambarkan perasaan aku tatkala ini. Mahu sahaja aku lari dari kenyataan yang sedang aku hadapi ini. "Luka kat tangan awak tu, kena cuci, kena balut. Nanti masuk kuman, ada jangkitan pula," ujar Is, mengambil berat.
"Oh, terima kasih ingatkan. Dan terima kasih juga kerana prihatin terhadap saya. Saya pergi dulu," aku berlalu meninggalkan Is keseorangan. Aku yakin, perasaan Is juga pastinya bercampur-baur seperti aku. Ianya jelas kelihatan di wajahnya.
Aku ke tandas awam yang ada di situ untuk mencuci lukaku. Pedih tak terkira. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Sudah hilang mood aku untuk berjogging lagi. Semua ini salah tali kasut itulah. Memakan tuan betul. Beginilah aku. Kerana kesilapan sendiri, menyalahkan yang lain pula. Begitukah juga aku dalam perhubungan aku? Kenapa mesti aku marahkan Is sedangkan aku yang melakukan kesilapan kerana meninggalkan dia dahulu? Maafkan aku, Is.

nota kaki :
- Nantikan kemunculan sambungannya. UPDATE : BAHAGIAN 3
- Ada ke orang akan baca ni? hehehe.
- Terima Kasih, EdyZaidi. Hadiah contest 'Jangan Main-main' telah selamat diterima! Thanx for the keychain dari London! <3
nukilan jiwa,

10 tinta berbisa:
nice! x sabar nk tunggu sambungan seterus nye.. hehe
mirzad :
tq :) tgguu lah sambungannya. idea dah ada. tinggal nak mengarang je lagi :)
lagi , lagi , lagi !
:)
nelly :
tunggguuuuuu :)
wah dah dpt hadiah dr london tunjuk la sikit saya nak tgk gak
alhamdulillah...selamat sampai hadiah tu...
anonymous :
nanti ain tunjukkan ye.
edy Zaidi :
yup :) telah selamat menerimanya. thanx a lot edy!!
hehe..
based on experience la nie.. cewahhh
tak same 100% tp bile aku bace.
terasa sama.
kisah tu sikit2. :P hehe..
kamutahusiapaaku!! :
sama ke? kebetulan. tak terlintas pula nak buka kisah cinta sendiri yang tak seberapa. hahahaha :P
Post a Comment