**********
"Awak ok ke? Sakit tak?" tegur satu suara daripada belakang aku. "Nak saya tolong?"
"Tak apa, saya ok. Sikit je ni. Saya nak balik la, Is. Saya pergi dulu ye," aku cuba mengelakkan diri supaya tidak berjela lagi perbualan yang ingin diucap.
"Oh, tak apalah kalau macam tu. Awak jaga diri baik-baik ye. Jangan jatuh lagi," kata Is sambil menyelitkan unsur gurauan di situ. "Assalamualaikum, awak. Kalau ada jodoh, jumpa la lagi kita ni ye," Is beredar daripada kawasan tandas perempuan di situ.
"Waalaikumsalam. InsyaAllah, aminnn," kata aku di dalam hati.

Sampai sahaja aku di rumah, aku terus membersihkan diri aku tanpa berlengah. Letih lesu pula badan ini bila sudah lama tidak bersenam. Tambahan lagi pagi tadi, aku tak mandi lagi. Nak jimat air punya pasal. Lagilah tak segar badan ini. Selesai sahaja mandi, aku mencari peti pertolongan cemas untuk aku mencuci luka pada tangan aku ini. Kalau mama ada ini, minyak gamat sahaja yang disuruhnya letak. Mujarab untuk luka katanya. Tapi dek kerana kegelian dan tak tahan dengan bau minyak gamat itu membuatkan aku lebih rela menahan kesakitan daripada membiarkan minyak gamat itu menyembuhkan luka aku. Aku menggeledah peti pertolongan cemas aku itu, menggunakan ubatan yang sedia ada dan aku balut luka itu. Luka kecil sahaja, tapi pedihnya tak tertanggung.
Perut sudah bergendang berirama keroncong tanda ianya perlu diisi. Tapi badan aku terasa begitu penat, lantas aku mengambil keputusan untuk tidur seketika sambil mengunci masa selama 30 minit untuk tidur.
Namun aku hanya terjaga sejam selepas itu. Letih sangat barangkali. Tak cukup 30 minit, mahu sejam juga.
Aku bingkas bangkit dari tilam empukku dan ke dapur, mencari makanan. Niat di hati mahu memasak asam pedas ikan kembung, tapi, kerana rasa lesu baru bangun tidur ini membuatkan aku menggoreng telur dadar dan membuat sambal kicap sahaja sebagai hidangan makan tengah hariku.
"Kesian laki aku kalau hari-hari aku malas macam ni. Hari-hari makan telur dadar ajelah ye bang," leter aku seorang diri.
Usai makan, aku melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim pula. Menunaikan solat Zohor dan mendekatkan diri kepadanya. Aku sentiasa berdoa di setiap pengakhiran solatku agar aku dipertemukan jodoh yang terbaik untuk diri ini, dikurnakan seorang lelaki yang mampu menjaga hati aku ini sebaiknya dan membimbing aku agar tidak tersasar dari jalan yang diredhai Allah ini. Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya ini. Semoga aku tidak terlewat untuk merasai bahagia itu. Tidak putus juga doaku buat kedua ibu bapaku yang sudah banyak berjasa pada diri ini. Tanpa mereka, aku tidak di sini. Doa aku acap kali diiringi tangisan di akhirnya. Entah kenapa sebak rasa hati setiap kali menghadapnya. Aku selalu membayangkan bagaimanakah rasanya kalau solatku itu adalah ibadah yang terakhirku pada-Nya. Masih banyak lagi dosa ini. Selesai bermuhasabah diri, aku segera melipat telekungku.

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh airmataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
Nada dering telefon bimbit aku berbunyi mengalunkan bait-bait lirik syahdu. Berlari aku mendapatkan telefon aku. Dan aku lihat, nombor itu. Aku tahu, daripada Is. Aku membiarkan sahaja. Entah mengapa aku rasa tidak mahu untuk menjawabnya. 3 kali panggilan dari Is itu tidak aku jawab. Aku biarkan sahaja.
**********
"Selalu ke jogging kat sini?" sapa seseorang yang datang dari arah belakangku.
"Tak selalu, ni baru kali kedua jogging kat sini," balas aku sambil tersenyum kelat. Kenapa kau datang waktu-waktu macam ini pula. Nanti aku jatuh lagi, tak pasal-pasal makin malu dengan kau.
"Macam berjodoh pula kita ni ye. Jumpa lagi hari ini. Hehe. Em..Awak ok ke? Semalam saya telefon awak 3 kali, kenapa tak jawab? Sedih saya tau," rajuk manja Is. Keletah Is sememangnya membuatkan aku tidak senang duduk. Mahu sahaja aku tatap mata dia dan mencubit-cubit dia melepaskan geramku padanya. Kenapalah aku begitu naif meninggalkan dia dahulu? Sedangkan dia sudah cukup baik untuk aku.
Berhenti larian jogging aku. "Maaf Is, semalam saya ada kerja sikit. Busy, tak sempat nak jawab, tak pegang phone pun," aku cuba berdalih. Aku cuba memandang Is, tapi tak berani.
"Awak, boleh tak kalau kita berbual kejap? Saya dah lama nak bercakap dengan awak. Tapi tak pernah kesampaian. Awak asyik mengelak. Please awak, please.. Saya janji, kejap je," Is memujuk. Dan aku menggangguk tanpa aku sedari tanda bersetuju dengan kehendak Is. "Jom kita duduk tepi tasik tu, orang kata cantik pemandangan tasik tu," Is menghayunkan tangan kanannya tanda hormat memberi laluan hormat kepada aku agar aku berjalan dahulu. "Alahai, sungguh gentleman kau ni, Is," getus hati aku.
Kami pun mengorak langkah menuju ke tepi tasik itu. Duduk menghadap air tasik yang tenang itu. Duduk di atas rumput, berdua bersama ibarat kekasih yang sedang menyulam cinta. Sesungguhnya, keadaan ketika itu, aku rasakan sungguh romantis sekali. Tapi, malangnya, aku dan dia hanya sekadar kawan kini. Setelah selesa dengan kedudukan masing-masing, maka, bermulalah sesi perbualan kami. Perbualan di awalnya lebih menjurus kepada kehidupan masa kini. Apa yang dilakukan, bekerja di mana, tinggal di mana, apa yang berlaku sepanjang tempoh kami tidak berhubung itu. Pertanyaan-pertanyaan asas yang ditanya apabila seseorang itu sudah lama tidak bersua muka. Pertanyaan yang akan memulakan kemesraan semula agar tidak berasa janggal setelah lama tidak berjumpa.
Usai menjawab pertanyaan asas itu, maka terdiamlah kami berdua. Entah apa yang hendak ditanya lagi. Kalau tanya lebih-lebih, takut ada hati yang akan terguris. Sedangkan, di dalam fikiran, masih banyak persoalan yang bersarang.
"Awak...," serentak panggilan itu keluar dari mulut kami berdua tanda mahu memulakan semula perbualan yang tergendala seketika. Namun dia memberi izin agar aku memulakan dahulu apa yang ingin aku perkatakan.
"Awak, boleh saya tanya awak tak?"
"Apa dia? Tanyalah, tak kena bayar pun," Is tersenyum. Senyuman gurauan yang menampakkan lesung pipit di bahagian kanan pipi Is. Sungguh manis wajahnya bila tersenyum.
"Apa dia? Tanyalah, tak kena bayar pun," Is tersenyum. Senyuman gurauan yang menampakkan lesung pipit di bahagian kanan pipi Is. Sungguh manis wajahnya bila tersenyum.
"Awak selalu mesej saya setiap kali hari jadi saya. Tapi saya tak pernah balas. Dan bila kita berjumpa balik ni, awak tak tunjukkan rasa marah pun pada saya. Saya pernah tinggalkan awak dahulu, saya pernah lukakan hati awak, saya tak reply mesej awak, saya tak jawab panggilan awak, saya mengelak dari awak. Tapi kenapa awak masih tak jemu-jemu dengan saya, masih baik dengan saya?" aku memberanikan diri bertanya persoalan yang bersarang dalam mindaku.
"Awak nak tahu kenapa? Saya akan cerita dari mula sampai sekarang ini. Dan saya nak awak dengar sebaik-baiknya. Kerana mungkin, ini kali terakhir saya berpeluang bercakap dengan awak. Mungkin lepas awak dengar cerita saya, awak mungkin akan makin menjauh dari saya. Siapa tahu kan? Jadi, izinkan saya bercerita dan awak dengar dahulu. Selesai saya bercerita, baru awak bersuara. Boleh tak, Alia Adilla?" pinta Is kepada aku.
Panggilan nama penuh aku oleh Is cukup membuatkan hati aku berdebar-debar. "Baiklah Is. Saya dengar je," jawabku sambil bersedia untuk mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh Is. Aku memandang Is dengan penuh perhatian. Namun Is melemparkan pandangannya jauh memandang tasik yang indah itu. Panjang dia menghela nafasnya seolah-olah begitu berat beban yang ditanggung ingin diluahkan. Aku menanti penuh sabar setiap butir kata yang bakal terucap dari mulut Is...
**********
nota kaki :
- Baru dapat mood mengarang. Penat betul mengarang ni!
- Bila cerita ini nak habis kan? Aduhaii. Sabarrrr!
UPDATE : BAHAGIAN 4
curahan idea,

2 tinta berbisa:
ada unsur2 saspens di situ.. cerita semakin menarik.. keep on writing.. :)
MF :
terima kasih!
Post a Comment